top of page

Tips: 23 Asas Servis Kereta Anda..Klik di sini..

Selamat Datang!

 

Assalaamua'lakum...dan Salam sejahtera, kepada semua yang bermurah hati bertandang / melayari sesawang MG GARAGE ini. MG adalah huruf rengkasa untuk Manjoi Garage. 

MG menyediakan pelbagai khidmat, ia-itu selain dari mengecat dan membaiki badan kenderaa, kami juga menyediakan pelbagai khidmat servis dan membaiki engin serta transmisi, mekanikal, air-cond, aksesori dan lain-lain.

​
Untuk khidmat mengecat Bengkel MG tidak tertumpu pada kenderaan kereta sahaja. Bengkel kami serba luas dan boleh menerima lori dan  bas. Tiada kerja yang kecil bagi kami, semua kerja kami anggap besar dan penting, biarpun sekadar memasang sebiji skru sahaja. Yang penting kami bangga dapat membantu anda, dan anda berpuas-hati..

 

Mana yang boleh, kita buatkan, kalau tak tahu, kita selidik dan tanya...

Waktu Operasi:
​24 JAM EMERGENCY TOWING​
​

AHAD - ISNIN: 7:30 AM - 6:00 PM

​JUMAAT: TUTUP

​

​017-5828344
013-4884121
 
MG GARAGE

One Wrenches Auto Services

240 Jln Menteri, Kg. Manjoi ,

30020 IPOH, Perak D.R

4.619437, 101.070816

Mukhadimah

 

SELAMAT DATANG KE MANJOI…

 

Gugusan Manjoi


Sesawang Manjoi Garage (MG) memperkenalkan Gugusan Manjoi . Manjoi Garage (MG) adalah satu- satunya  bengkel yang terbesar di terletak dalam Gugusan Manjoi (GM). Gugusan Manjoi sejak akhir-akhir ini telah berkembang dengan agak pesat sekali . Siapa sangka di pusat pekan Manjoi sudah ada 7-11 dan di ‘pendalaman’ sikit ada bangunan pusat membeli-belah MYDIN yang saiznya hampir sama dengan MYDIN di Amanjaya Central. Kawasan Manjoi sendiri terdiri dari beberapa buah kampung yang tersusun. Jumlah Penduduk Manjoi menjangkau hampir 80,000 orang. Pusat pendidikan Al Barakah dengan kompleks nya tersendiri mempunyai asrama pelajar dan orang warga emas. Yang mutakhir, siapnya jambatan ‘Colorado’ yang curam dan menggayatkan! Jambatan yang telah dinaikkan taraf untuk kemudahan warga GM dan untuk tebatan banjir. Jika anda datang ke MG, anda berpeluang melintasi jambatan ini. Buat masa ini, jambatan tidak ada nama, jadi kami dari MG GARAGE bermurah-hati mengistiharkan nama ‘ Colorado’ Bridge.

 

 

Manjoi Garage (MG) dahulunya lebih dikenali sebagai 'AP' Garage, nama singkatan bagi pengasasnya ia itu saudara Hafzanizan, yang sudah 15 tahun pengalaman dalam mengecat kenderaan. Kini bengkel ini di beri nafas baru untuk kemudahan pelanggan yang sentiasa inginkan penambahbaikkan dan berkualiti. Selaras dengan perkembangan ini, kelengkapan  yang baru dan canggih di perkenalkan serba lengkap dan mudah. Kerja-kerja menyelenggara kenderaan juga di perkenalkan selain dari mengecat dan kimpalan. MG cuba memberi khidmat sebaik mungkin, insyaAllah, anda berpuas hati dengan kerja kami.

Manjoi Garage (MG).

Perkhidmatan

 

-  Cat Kereta / Lori /      Motorsikal dll

 

- Mod Kereta / Body Kits


- Ketuk Mudguard / Body


- Tukar / Ganti Aksesori

 

- Air-Conditioning


- Tuning Enjin / Grind- Valve


- Tukar Minyak Hitam


- Wayaring 

 

- Pasang Audio-Video


- Baiki Brake / Absorber


- Cas Bateri / Servis

 

- Ganti Cermin / Tinting

 

- Pulihara Lensa Lampu

 

- Nombor Pendaftaran

 

- Jual Beli Kereta 

 

- EMERGENCY ResPONSE

© 2023 by YOU DRIVE IT WE FIX IT​ Proudly made by Wix.com

  • Google Square
  • Twitter Square
  • facebook-square
bottom of page